بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 30, 2011

1433 H


Alangkah pantas masa berlalu. Salam Maal Hijrah 1433 H.
Moga tahun ini menjadi yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.” (al-Bukhari)

sedikit perkongsian untuk renungan semua--->
Pemuda: Hijrah, Mensyurgakan Perubahan

5 Muharram 1433 H--kalo ikut tahun hijrah 1433-1408 dah nak masuk 25..dah makin dekat utk djemput Ilahi,amal byk mana???

Tuesday, November 15, 2011

LifE, PeoPle, Love

Have you ever faced the real life? what is that actually..Now i think, this might be my last chance.. life only once, so I must accept that this life, now, is the last chance for me to be a good muslimah, mukminah, muslihah as well as to be one of the muttaqin.So, what to do as a human being? Alhamdulillah i'm proud to be a muslim and feel very blessed as I was born as a Muslim. But this not be the reason that i not need to be a good person in this life. We have to be a good, to Allah, Rasulullah, ourselves and to others as well.

Here is the concept of give and take. It should not be one way, but two way concept.Just like the idiom said "what you give you get back".Thus, give the best you can to get the best in this life and importantly for the hereafter.



Islam also teach us this concept. Rasulullah s.a.w said:"Tahaddu tahabbu."
The meaning is; You gave gifts to each others , you love each other. Interesting right??
So, please appreciate the people around you as they are very important and from that it will appear the best of ukhuwwah in this life, and we will feel the halawatul iman with the relationship in the name of ALLAH.



Thursday, November 10, 2011

Selamat Pengantin Baru Buat Fatimah & Suami

Alhamdulillah, pd hari ini 11/11/11 jam 10 pg telah terbina sebuah lg baitul muslim (Siti Fatimah Safiah & Anas). Mabruk diucapkan kepada kedua mempelai. Maaf kerana tak dapat menghadirkan diri di hari bahagia anda. InsyAllah bulan depan saya akan cuba utk hadir walimah di Alor Star.

Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma filkhair~~~

Moga berkekalan hingga ke akhir hayat, sampai ke syurga hendaknya..Ameen!

Thursday, November 3, 2011

SaLaM EiDuLaDhA


Terlalu pantas masa berlalu..tibanya satu lagi tarikh penting buat umat Islam seluruh dunia.10 zulhijjah bakal menjelang, eiduladha akan di sambut dgn gemilang. Marilah sama-sama kita menghayati sejarah di sebalik meraikan hari raya aidiladha ini.Ia merupakan hari raya yg lebih besar dari hari raya aidilfitri.
Menghayati erti sebenar sebuah pengorbanan.Jenguk kembali sirah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s.
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar
(Surah A-Saffaat:102-107)

Bagi mereka yang berkemampuan dan berkesempatan, di waktu inilah Allah tetapkan waktu untuk beribadah.Menunaikan rukun Islam yang kelima-menunaikan fardhu haji di Makkah bg yang mampu. Nah! sungguh luarbiasa bukan.ini lah ibadah yang telah ditetapkan waktu dan tempat utk semua umat Islam.aku ingin benar menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti,insyAllah!

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Surah Al-Baqarah :196)

Dan bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk ke Makkah, ada ibadah yang lain yang Allah beri peluang utk kita. Ibadah korban, sebagai mengingati sirah dari kisah nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya
(Surah Al-Hajj:37)

wallahua'lam....
Selamat menyambut Aidil Adha Al-Mubarak!