بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 4, 2011

MadraSah RaMaDhAn

Alhamdulillah, sekali lagi penulis dan seluruh umat islam diberi peluang menemui Ramadhan pada tahun ini..Banyak sekali keutamaan dan hikmah puasa pada bulan ramadhan yang dikabarkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Nikmatnya Berpuasa, terjemahan dari kitab Maqasid al-Saum karangan Sultanul Ulama

1. Bahwa puasa juga diwajibkan atas ummat sebelum kita. Allah berfirman :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Artinya : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (QS Al-Baqoroh : 183)

Jika puasa bukan sebuah amalan yang agung, maka tidak mungkin puasa juga diwajibkan atas ummat-ummat sebelum kita. walaupun puasa mereka berbeda dengan puasa kita, artinya bukan pada bulan ramadhan yang diwajibkan atas mereka, akan tetapi amalan puasa itu tersendiri telah diwajibkan atas mereka yang menandakan bahwa amalan ini sangatlah agung.

2. Puasa adalah sebab diampuninya dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan. Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- bersabda :

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غُفِر له ما تقدم من ذنبه

Artinya : "Barang siapa yang puasa Ramadhan dengan iman dan pengharapan (pahala), diampuni dosa-dosa yang telah lampau." (Muttafaq 'Alaihi)

Iman maksudnya beriman dengan Allah dan ridho atas diwajibkannya puasa ramadhan. pengharapan yaitu mengharap balasan dan pahala dari Allah. Jika seseorang telah yakin dan ridho akan kewajibannya berpuasa serta tidak benci atas kewajiban puasa ramadhan, yakin terhadap pahala dan ganjaran yang akan didapat maka dia akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.

3. Bahwa pahala puasa tidak terikat dengan jumlah tertentu, akan tetapi pahalanya diberikan kepada orang yang berpuasa tanpa ada perhitungan. Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- bersabda :

كل عمل ابن آدم له يضاعَف الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف ، قال الله تعالى : إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به ، يَدَعُ شهوته وطعامه من أجلي

Artinya : "Semua amalan anak Adam untuknya dan dilipat gandakan setiap satu kebaikan (dianggap) sepuluh kali kebaikan tersebut dan dilipat gandakan menjadi 700 kali. Allah berfirman : Kecuali puasa, karena amalan itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. (disebabkan) meninggalkan sahwatnya dan makanannya demi Aku." (HR Muslim)

4. Dua kabahagiaan bagi orang yang berpuasa. yaitu kebahagiaan ketika berbuka puasa setelah menahan nafsu, lapar dan dahaga sehari penuh. dan kebahagiaan ketika menjumpai Allah diakherat dengan dimasukkannya kedalam surga-Nya. Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- bersabda :

للصائم فرحتان فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه

Artinya : "Untuk orang yang berpuasa dua kebahagiaan : kebahagiaan ketika berbuka puasa. dan kebahagiaan ketika menemui Tuhannya." (Muttafaq 'Alaihi)

5. Bahwa amalan puasa memberi syafaat kepada yang mengamalkannya. seperti Al-Qur'an yang memberi syafaat diakherat kepada orang yang membacanya. Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- bersabda :

الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة , يقول الصيام : أي رب منعتُه الطعام والشهوة فَشَفِّعْنِي فيه , ويقول القرآن : منعتُه النوم بالليل فَشَفِّعْنِي فيه , قال : فيشفعان

Artinya : "Puasa dan Al-Qur'an memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat. puasa berkata : Wahai Robb, aku telah menahannya dari makanan dan syahwat maka berikanlah syafaat. Al-Qur'an berkata : Wahai Robb, aku telah menahannya dari tidur dimalam hari maka berilah syafaat. Rosulullah berkata : maka keduanya memberi syafaat." (HR Ahmad, Ath-Thabrany dan Al-Hakim)

Itulah 5 keutamaan puasa ramadhan. dan masih banyak lagi keutamaan-keutamaan yang berkaitan dengan amalan puasa. dengan diwajibkannya amalan-amalan bukan saja memberikan pahala bagi kita, bahkan menjadikan kita sebagai makhluk yang utama dan penuh dengan masa depan yang cerah. semoga kita dijadikan sebagai hamba-hamba-Nya yang taat dan ridho dengan semua keputusan-Nya.

[source : http://www.artikelislami.com/2011/08/keutamaan-puasa-ramadhan.html]

Thursday, June 23, 2011

Salman Al-Farisi R.A

Renungan sejenak ~
Inilah kisah cinta Salman al-Farisi....

Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.


“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“silakan tuan...” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu
petang itu.

Wednesday, June 22, 2011

Di sebalik ' TANGAN PANJANG '


Assalamualaium warahmatullahi wabarakatuh wa maghfiratuhu wa ridhwanuhu ila yaumil akhir...
Alhamdulillah wa syukurillah, setelah sekian lama blog ini menyepi, kali ini ada yang nak menulis merajinkan jari jemari menekan keyboard. sedikit sebanyak ringkasan pengisian dari sebuah buku TAQWA karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w,kebanyakan isteri baginda berusia muda, sedangkan baginda pula menjangkau usia yang tua. Isteri-isteri baginda amat berharap jika Allah izinkan, mereka ingin mati bersama-sama Rasulullah, kerana jika mereka mati dahulu akan dapat segera bertemu Rasulullah kelak. Lantaran itu,mereka berbincang sesama sendiri siapakah yang akan pulang ke hadrat ILAHI seiring kewafatan Rasulullah kelak.

Suatu hari,mereka bertanya kepada Rasulullah berkenaan hal itu, kemudian Rasulullah memberitahu para Ummahatul Mukminin bahawa isteri baginda yang akan kembali ke rahmatullah seiring dengan kewafatan baginda ialah mereka yang 'tangan panjang' yang akan cepat menemui Rasulullah kelak.

Sebaik sahaja mereka mendengar jawapan Rasulullah itu, mereka pun bergilir-gilir mengukur tangan-tangan mereka. Siapakah antara mereka yang panjang? Lalu mereka mendapati Siti Saodah yang tangannya lebih panjang.

Tetapi selepas beberapa ketika kewafatan Rasulullah, tiba-tiba mereka mendapati yang segera menyusul pulang ke rahmatullah bukannya Siti Saodah,tetapi Zainab. Dengan peristiwa itu mereka memikirkan semula apakah maksud sebenar tangan panjang yang dimaksudkan Rasulullah.

Isteri Rasulullah, Zainab mempunyai perusahaan sendiri, beliau seorang pengusaha kulit dan peniaga kulit-kulit binatang. Perniagaannya sangat maju ketika itu menyebabkan beliau tidak terlalu bergantung dengan pemberian daripada Rasulullah. Justeru, Zainab telah menggunakan sebahagian besar keuntungannya untuk berderma dan bersedekah membantu orang-orang susah dan sebagainya. Maka terkenallah dikalangan para isteri Rasulullah yang banyak tangan menghulurkan bantuan ialah Zainab.

Dengan demikian, maka fahamlah para Ummahatul Mukminin bahawa tangan panjang yang dimaksudkan itu bukan ukuran pada fizikal, sebaliknya ia membawa erti tangan yang banyak menderma,memanjangkan tangan membantu dan berbuat kebajikan.

Peribahasa 'tangan panjang' yang diberitahu oleh Rasulullah itu amatlah berbeza dengan tangan panjang yang menjadi peribahasa orang Melayu...

written by~nnhnag ^_^


Tuesday, May 10, 2011

Nota Buat Diri

Pejam celik mata, tarik hembus nafas, denyut-denyut nadi ianya menghampiri penghujung. Sungguh pantas masa berlalu. Tidak lagi boleh di undur, hanya mampu mengorak langkah dengan umur dan kudrat yang masih dikurniakan Ilahi. Alhamdulillah. Fatrah hidupku sebagai seorang peraih ilmu sarjana muda di bumi UIA akan berakhir. Dan selepas ini berkemungkinan perjalanan yang berbeza akan ku lalui.

Sungguh banyak ibrah yang diperolehi sepanjang hayatku menuntut ilmu. Segala cabaran, dugaan, nikmat dan rahmat membawa seribu satu hikmah untuk seorang hamba Allah. Secara tidak langsung, segalanya mengajar dan memberi erti dalam hidup.Itulah dinamakan sekolah kehidupan.

Namun sejauh manakah ilmu yang ada akan di aplikasi pada kehidupan? Terbaca suatu kata-kata dari Imam Malik bin Anas r.a.:
"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan sesuatu, melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Moga 'nur' itu sentiasa ada menyuluh dan menerangi perjalanan hidup di dunia dan akhirat.

Ukhuwwah..Ya Allah rahmati dan redhailah ukhuwwah yang terjalin ini. Moga terus ditautkan
hati-hati untuk terus berukhuwwah atas namaMu.

Dakwah.. Ya Allah semoga perjuangan dalam menuntut ilmu ini menguatkan diri dan hati untuk terus berdakwah menegakkan kalimahMu.

Tarbiyyah..Ya Allah Kau kuatkan lah diri untuk istiqamah dalam mentarbiyyah dan ditarbiyyah.

Thursday, May 5, 2011

Doa Senjata Mukmin

Kematian Osama bin Laden

  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

~ hidup dan mati di tangan Allah~