بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam

Wednesday, December 7, 2011

Milik Siapa Hidayah itu...



Firman Allah SWT maksudnya :
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki akan Allah kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit (untuk menerima Islam), seolah-olah ia sedang mendaki/naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksaan kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An`aam: 125)

Hidayah itu milik Allah..kita sebagai manusia sungguh tidak mampu untuk memberi hidayah pd yang lain.meskipun mereka ialah org yang terdekat dengan kita malahan mungkin saudara kita sendiri. Teringat kisah Rasulullah SAW ketika saat saat akhir bapa saudaraNya menghadapi sakaratulmaut.

Hadis Al-Musayyab bin Hazn r.a katanya:
Rasulullah s.a.w menziarahi Abu Talib di saat-saat beliau tenat menghadapi sakaratul maut. Baginda dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah bin Al-Mughirah turut berada di sana. Rasulullah s.a.w bersabda: Pak cik! Ucaplah Dua Kalimah Syahadat, aku akan menjadi saksi kamu di hadapan Allah s.w.t. Lalu Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah mencelah: Wahai Abu Talib Sanggupkah kamu meninggalkan agama Abdul Muttalib? Rasulullah s.a.w tidak berputus asa malah tetap mengajarnya mengucap Dua Kalimah Syahadat serta berkali-kali mengulanginya. Sehinggalah Abu Talib menjawab sebagai ucapan terakhir kepada mereka bahawa dia tetap bersama dengan agama Abdul Muttalib malah enggan mengucapkan Kalimah Syahadat. Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah, aku akan pohonkan keampunan dari Allah untukmu sehinggalah Allah menurunkan ayat ini :

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)
(Surah Al-Qasas : 56)


Wallahu a'lam...