بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam

Thursday, August 6, 2015

ANUGERAH ITU AMANAH ALLAH

Setelah berkurun lamanya..rasa nak menulis sesuatu pulak.. setelah bergelar isteri dan sekarang bergelar seorang ibu, ia amat membutuhkan aku menjadi insan yang bertanggungjawab. Tambahan lagi aku bergelar seorang pelajar pasca-siswazah. memang penat dan amat penat. Sampai satu masa kadang2 aku rasa tak berdaya. Ya Allah yang Maha Mendengar dan Membantu,bantulah hambaMu ini... Dengan rahmat dan kasih syangMu limpahkanlah kemudahan dan kelangsungan hidup untuk kami.. Amin Amin Ya Rabbal Alamin...

Monday, February 9, 2015

Aku Hanya Insan Biasa

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku

Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

[Ustaz Pahrol]