بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 27, 2013

Suamiku Syurgaku



Suamiku Syurgaku

Suamiku
Ketenangan yang hadir di hatiku
Pada pilihan ayah ibu
Beserta petunjuk istikharah
Anugerah dari Allah yang Maha Tahu
Menambahkan keyakinanku
Untuk aku dan kamu disatukan dalam ijab qabul

Suamiku
Engkau lah kunci syurgaku
jannah yang tertinggi itu dituju
Andai taatku padamu
Dan redhamu padaku
Dalam setiap hal dan perilaku

Suamiku
Untuk setiap kata yang menghiris hatimu
Untuk setiap perilaku yang menyakitkan matamu
Untuk setiap janji yang tak tertunai
Untuk setiap kesilapan yang tak disengajakan
Maafkanku sayang
Aku insan biasa penuh dengan noda

Suamiku
Moga hidup kita diberi kebahagiaan
Di waktu senang atau susah
Moga kau sentiasa di sisiku
Demi menggapai redha Ilahi
Di dunia ini dan sampai ke akhirat
Untuk bersatu kembali
Di syurga tertinggi satu hari nanti
Amiin Ya Rabbal ‘Alamin

23Muharam1435H
27November2013

.::Sebulan seminggu dua hari::.
Alhamdulillah..terimakasih abang untuk segalanya

Doakan kami bercinta hingga ke syurgaNYA

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Ya Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
 




Thursday, November 7, 2013

Jumaat Pertama 1435H

Alhamdulillah...
Jumaat, hari ini genap 3 minggu aku bergelar isteri.
sungguh syukur yang tak terhingga atas nikmat dan kurniaan Allah. Dikurniakan seorang suami yang oenyayang,baik hati,rajin dan yang paling penting dia dapat membahagiakan dan menghargai ku sebagai seorang isteri.

Hidup sebagai suami isteri perlu banyak pengorbanan. susah senang bersama. Dan di waktu awal usia rumahtangga kami ini, banyak yang aku belajar dan mengenali suami.

Semoga Allah jadikan kami isteri yang solehah dan suami yang soleh.
Aamii Ya Rabb.

Tuesday, October 8, 2013

A Person of Peace and Love

I am trying..my very best to be a person of peace and a person of love.
To everyone, to averybody to animals all and others.

Still, i have to have a strong heart.
Yes, that is the key. HEART.
No matter how  hard you try if it is not from your heart it cause nothing.

Eventhough your journey is hard, long way to go.
Believe in yourself.
That one fine day, it will end.
And the ultimate goal is to the AKHIRAH.
Yet so close to us.

Full-heartedly,
Rashida.

Saturday, September 28, 2013

Too many things....

Bismillah..
Allahu Allah..
less than three weeks..
ease my day my journey my life Ya Allah..
there is too many things..
to do..to think..to prepare..to settle down..
hope for a better tomorrow..

Let us do the best and Allah will do the rest!
Ganbatte!!

Wednesday, August 14, 2013

4 in 1 Salam Eidulfitri 1434H

Bismillah walhamdulillah.Baru berkesempatan update blog.org lain dah update pasal balik kampung,raya pertama la macam2. Aku, dah balik Bangi balik baru rasa rajin nak menulis. cewwwaahh..yep,aku memang majime.hehe
Sebulan berpuasa, nak muhasabah sama2 apa yang dah kita dapat dari madrasah Ramadhan?Allah..aku harap sangat2 Allah menerima segala amalan dibulan yg mulia.

Entri pun tajuk eidulfitri,so aku nak berceloteh pasal raya la kan.
Seronok raya tahun ni.
Sebab?? tahun ni dalam sejarah 4 in 1 event. Wow!

Gambar raya dulu la kan
1 Syawal 1434H.tiada dalam gambar lagi 3 org,K.nor,Abgya n Abg Yi.


Tahniah ,Barakallahulakuma buat my sister,K.Na n brother-in-law Abg Syukri yg selamat di ijabqabul 2syawal 1434H yg lepas. ni dia gambau pegantin baru.

macam ni la betul..bacakan doa di ubun2 isteri..

pengantin baru malu2 segan2 lagi..hehe


Event ke 3 xperlu la kot..rahsia kerajaan.

Then 3 syawal,majlis menyambut menantu di Ajil, rumah abg ipar.

nak purple sangat sume...pengantin nye x pom.

Ok, apa2 pun marila kita sama2 panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya,kita masih lagi diberi peluang untuk meraikan hari2 bahagia bersama keluarga tercinta.

Dan hari ini, hari dimana pejuang2 Mesir diasak hebat oleh tentera Al-Sisi yang zalim.
Sama2 berdoa untuk kesejahteraan umat Islam seluruhnya.

Aamiiin ya Rabbal 'Alamin..

Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadhan 1434H

Sungguh pantas masa berlalu,hari ini dah tujuh Ramadhan. ya, seminggu berpuasa.
So, apa yang dah dapat dan belum dapat.
Kata nak grab semua pahala yang terbentang luas.
Allah dah bagi banyak peluang.
Boleh sangat nak jadi baik atau sebaliknya. Ramadhan, bulan ujian.
Alah, setakat ujian lapar dahaga apalah sangat nak banding dengan ujian Raulullah dan sahabat.
Ingat kembali Perang Badar yg berlaku 17 ramadhan tahun ke-2H.
Kita kat sini berperang ke?
Perang nafsu.ya, memang setiap kali ramadhan,banyak target nak capai.
Tapi,usaha ke arah tu sangat sedikit, Allahu...

Baki 23 hari lagi kita boleh tingkatkan amalan.
Moga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini.
Insya-Allah.

Puasa ada lah proses untuk mencapai tujuan iaitu TAQWA!

Friday, July 5, 2013

Cuti Cuti SabAh

Alhamdulillah minggu lepas berpeluang cuti jalan2 di Kota Kinabalu. Best! Terimakasih tak terhinnga buat my brother n sister-in-law for the treat!hihi,orang belanja tiket dan hotel...sape tak sudi ikut kan kan? Banyak tempat menarik yang kami lawat. So, entri kali ni nak letak gambar je.
Pantai Tanjung Aru

Dari atas Kinabalu Park

Gate Kundasang War Memorial

Desa Dairy Farm,eh mcm New Zealand kat sini..paling best! bersama main sponsor Abgro n K.syikin

Rumah Terbalik,Tamparuli

Pantai Likas with my adik

Lok Kawi Wildlife PArk

Ini la rumah terbalik,kisah dongeng budak nakal kaum kadazan n murut

Kinabalu PArk..air n angin sejuk.nyamannnnnn

tanjung aru

Tower



English garden-Memorial Park

Ini la umair,buat ape tu??hehe
Subhanallah! Hijau biru bumi Tuhan
High and high! Jesselton point,tempat utk island hoping.kitorang g bergambar je..
Labuan ekspress..


Setakat pemerhatian , Sabah ni ramai Kristian.jalan 2km jumpa church. Almaklum ramai kaum Kadazan Murut n lain. Oh ye satu lagi, seafood kat cni memang best la,fresh sedap!
Cukup la setakat ni..hehe.ok bye. sangat berharap dapat menjejakkan kaki ke Sabah lagi.


Saturday, June 22, 2013

AQidah yang Benar

Bismillah
Tersebar luas video syiah di Malaysia.
Dah rasa sesak dada tengok, kenapa dan bagaimana ajaran ni boleh masuk ke Malaysia?
Yang sangat sedih, orang2 Melayu. yang dikatakan Islam namun apa yang dilakukan sungguh terpesong dengan Islam yg sebenar.
Dengan isu Syria,tak habis2 puak syiah Bassyar Assad ni menindas dan sungguh kejam. Anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa.
Benarlah hadis yang Rasulullah SAW pernah bersabda;

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56)

Mana peranan kita?
Malaysia??Kata je negara Islam,berdegar2 promot negara Islam wasatiah bagai. Takkan isu besar macam ni pun nak biar?

Ok mari kita sebarkan kekejaman Basyar dan bahanya ajaran syiah ini.
Teruskan berdoa untuk seluruh kebangkitan umat Islam.
Moga ini menjadi sedikit sumbangan kita dan menjadi saham di akhirat nanti.

Allah Allah Allah..
  
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yg lurus. peliharalah kami dgn akidah yg benar. jauhkanlah dari segala tipu daya syaitan dan ajaran yg sesat lg menyesatkan. Amiinn

Tuesday, May 28, 2013

Tidak Bertulang Namun Seperti Pedang

Rasulullah SAW bersabda ertinya : “Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba, sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lisannya (lidah)"

Lidah dan hati saling berkait rapat.
Terkadang, apa yang lahir di lisan bukan dari hati, dan terkadang yang disuarakan itulah kata hati.
 Justeru luruskanlah lidahmu, agar hati dan imanmu lurus.

 
 Hadis ke-15 dari susunan hadis 40 karangan Imam Nawawi Rahimahullah:
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Sungguh lidah itu tidak bertulang, namun tajamnya seperti pedang. 
Wallahua'lam :)

Friday, May 17, 2013

WudHu' SolaT dan KhuSyu'

Solat itu tiang agama. Solat membezakan antara muslim dan kuffar. Solat itu membawa ketenangan di jiwa, solat ialah satu terapi jiwa dan kerehatan. Tapi jangan disalahtafsir, mendirikan solat hanya untuk kerehatan. Ingat, solat itu adalah kewajipan dan syariat. Tuntutan untuk setiap muslim.

Beberapa ayat di dalam Al-Quran menunujukkan kewajipan solat.
Firman Allah W.T.:

أقِيْمُـوْا الصَـلوةَ وَءاتُوْا الزَكَـوةَ واركَعُـوْا مَعَ الرَّاكِعِـيْنَ

Bermaksud:
“Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`”
(Al-Baqarah 2 : 43)

Untuk mendapatkan kesempurnaan solat, bermula dari kesempurnaan wudhu'. Dalam kitab Fiqh ada menyebut "ma la yatimmul wajib illa bihi fa hua wajib" (sesuatu perkara wajib tidak akan sempurna melainkan dengannya, maka perkara itu juga dikira wajib).

Dalam konteks wudhu, kaedah ini digunapakai dimana wudhu' menjadi syarat sah untuk solat. Mari kita sama-sama tonton cara wudhu yang sempurna dan juga sunnah Rasulullah SAW di sini. (WUDHU')

Solat di awal waktu juga salah satu tuntutan. Dengan solat di awal waktu, segala kerja-kerja boleh dilakukan dengan tenang. Selagi mana solat tak ditunaikan, sungguh hati ini memang tidak tenang. Kadang-kadang Allah melihat amalan kita yakni solat,kunci utama segala ibadah. Mungkin dengan kita mempercepatkan kewajipan pada Allah, Allah akan mempercepatkan rezeki kita, even jodoh sekalipun. Mari sama-sama kita muhasabah diri, setakat mana tahap ibadah solat kita.

Dan untuk mendapat khusyuk dalam solat ialah dengan menghadirkan hati dalam solat. Bukan hanya jasad yang melakukan aktiviti solat tersebut tapi hati dan tumpuan entah ke mana.



Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

source : http://ohislam.com/cara-khusyuk-dalam-solat/

Monday, May 6, 2013

PASca PRU13

Bismillahirrahmanirrahim.
Aku menulis apa yang aku rasa. Tak dinafikan sungguh terkilan dan sedih dengan keputusan PRU13.
Malaysia negaraku yang tercinta, dimana letaknya nilai demokrasi. Bertahun-tahun  BN memerintah, namun kali ini bukan milik kita lagi. Allah ingin menguji hambaNya.

Dari isu isu dakwat kekal yang tak kekal,
Isu foreingner dapat IC, banglasia,isu blackout.
Semua drama yang dimainkan oleh mereka.

Sabar dan istiqamah, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Dan yang paling menyedihkan ialah negeri ku,Terengganu Darul Iman.
BN menang tipis, dengan kerusi BN17 -PR15 yang mana mengikut kiraan awal undi,kemenangan berpihak pada PR.

Kemungkinan protes dan bantahan dibuat oleh pihak PAS ,dan Sultan masih lagi tidak mengiktiraf pembentukan kerajaan BN di Terengganu.
Ya Allah,tunjukkanlah kebenaran. Kabulkan lah doa2 kami yang dizalimi.

Allahurabbi....
Dan aku sampai demam sebab belum menang!
dan suatu hari nanti Islam akan kembali dijulang!

Usaha dan doa harus diteruskan...

ALLAHUAKBARRRR!!!!!!

Thursday, April 25, 2013

Inexplicable

As the my entry entitled above,  i don't know how to express my feeling riGht now.
Unidentified,  inexplicable and unknown. oh no,  over la tu.

But,  the most important is i'm feel relieved. (Ceh, td kata unknown)

but, above all that,  i believe that all things happened for a reason,  or hikmah.

so,  its up to us to accept this life happily or sadly. just,  live life to the fullest.

ALHAMDULILLAH.....

Sunday, April 21, 2013

BeRsiAr2 di hari PenaMaaN

Semalam 20 April 2013.
Bersiar-siar (dalam kereta),
Melihat suasana penamaan calon,
Sekitar Bandar Baru Bangi dan Putrajaya.

Dalam hati ,kan best kalau dapat turun turut serta sekali,
Tapi dapat tengok je.

Mesti ada yang tanya "Kenapa tak turun je?"
Ye,orang memang ramai dan kami hanya berdua.
Mungkin tak cukup kekuatan buat kami.
Dan ada tugas yang perlu diselesaikan(oh alasan!)
Sedih.

Oh tak apa,
Kita pergi di kampung halaman,
Lepas ni pula.
Insyaallah


Tuesday, April 16, 2013

Bedah Buku

ALhamdulillah semalam berkesempatan mengikuti program bedah buku DI Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu oleh Ust Hasrizal Abd Jamil.

 JUst nak share sedikit sebanyak point yang aku dapat:

  masa yang Allah berikan bergerak secara relatif, terkadang kita rasa terlalu cepat dan terkadang terasa terlalu lambat. Dan bila kita disibukkan dengan perkara yang sia2 makan akan merasakan bahawa masa itu terlalu cepat berlalu sedangkan Allah mengurniakan 24 jam sehari semalam,memadai kehidupan kita sebagai muslim. Maka di situ tandanya tiada keberkatan waktu. Allahurabbi...terkena batang hidung sendiri :(

org yang banyak pengalaman bukanlah orang yang menghadapi perkara2 besar dalam hidupnya, tapi org yang memberi nilai di setiap detik dan saat kehidupan yang dilaluinya. jadi sedarlah bahawa setiap saat Allah berbicara denganmu dengan caranya yang tersendiri.

ummatan wasaton bukanlah umat yang berada di pertengahan, tetapi umat yang membuat pilihan yang TEPAT!

Dan demikianlah (sebagai mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya Kiblat kamu ialah Ka`abah) dan tiadalah Kami jadikan Kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah pertunjuk hidayah. Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
(AL-Baqarah:143)
ok setakat itu sahaja. (^_^)


Friday, April 12, 2013

Politic Review

Assalamualaikum..disebabkan sekarang adalah mood PRU13, jadi dengan rajinnya saya ingin membuat sedikit reviev mengenai politik tanahair..( review research x buat2..aishh)
Pada minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kuliah Dhuha oleh Tuan Guru Dato' Harun Din di Surau Annur Bandar Baru Bangi.

Tajuk Umum tapi lebih kepada berkenaan pilihanraya..almaklumlah.

Tuan Guru menjelaskan konsep Tahaluf(kerjasama) antara PAS ,PKR dan DAP serta menhubungkait dengan sirah Rasulullah. Bilamana Islam masih tidak lengkap di amalkan,maka mesti ada satu sisitem pilihanraya iaitu salah satu intipati demokrasi. Sebenarnya, sisitem pilihanraya ini bertujuan untuk memilih pemimpin negara, sama seperti di zaman kewafatan Rasulullah SAW , sahabat2 baginda terus mengadakan mesyuarat untuk memilih siapa yang akan menggantikan tampuk pimpinan. Disini kita dapat lihat bahawa peri pentingnya suatu pemilihan kuasa atau ketua negara. Dan akhirnya sahabat sepakat meilih Saidina Abu Bakar Assiddiq sebagai khalifah pertama.

Berkenaan tahaluf siyasi(kerjasama politik) telah dapat diambil contoh sewaktu Rasulullah menyampaikan dakwah secara terang-terangan di Kota Makkah di mana baginda mendapat naungan dari bapa saudaranya yang bukan Islam iaitu Abu Talib. di sini ialah tahaluf secara tidak langsung. kemudian Rasulullah berhijrah ke Habsyah dan mendapatkan perlindungan dari Raja Habsyah yang ketika itu adalah seorang penganut Nasrani.. Juga sewaktu penghijrahan Rasulullah ke Madinah bersama Abu Bakar Assiddiq di mana Rasulullah bertemu Abdullah bin Uraiqib untuk meminta tolong sebagai pemberi makan pada unta serta penunjuk jalan sewaktu Abdullah masih kufur.
Sesampainya di Bumi Madinah, Rasulullah telah mengadakan piagam Madinah bersama Bani Nadhir (Yahudi) untuk membina sebuah negara.

Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.  (Surah Al-Mumtahanah: 7-8)

Islam itu SYUMUL. Islam itu UNIVERSAL. Islam itu SEPANJANG ZAMAN.

Islam merangkumi mushaf wassaif ( kitab dan pedang) yang bermakna addin waddaulah (cara hidup dan kekuasaan/pemerintahan)

Wallahua'lam
mari mengundi













Friday, April 5, 2013

Menjelang PRU13

Bismillah walhamdulillah.
Dengan terbubarnya parlimen pada 4 April 2013 baru2 ni maka akan berlaku lah General Election tidak lama lagi.
Dan julung2 kalinya kali ini aku merupakan salah seorang pengundi berdaftar yang pertama kali akan turun mengundi. Bermula dari sebelum hingga selepas pembubaran parlimen yg dikepalai oleh bekas PM kita iaitu Dato Najib,berbagai2 berita yang diketahui. Senang kata sepanjang tempoh lima tahun pemerintahan Dato lah. Ha, tiba2 hari ini aku nak tulis pasal politik plak.hehe.Almaklumlah sebenarnya aku ni berangan nak jadi ahli politik dul.haha,memang tak la.Cuma nya aku suka mengikuti perkembangan politik tanahair ku Malaysia tercinta. Dan aku sangat2 berharap agar pilihanraya kali ini akan berlaku satu perubahan besar buat Malaysia. Ubahlah,janganlah terus berada di takuk lama,dah hampir 56tahun merdeka tapi hakikatnya belum merdeka. Mungkin ada yang berpendapat bukan senang nak jadi pemimpin, kena taat dan sokong kerajaan,mereka bersusah payah mentadbir negara.Tapi pernahkah terfikir apa yang ada disebaliknya, selama 55 tahun ini?
Fakta2 aku bagi kat sini sebab banyak sangat yang boleh dapat melalui media sekarang. Lihat dan Nilailah sendiri.

Ok cukup setakat ni je la.saja nak merajinkan diri menulis blog sambil menunggu labmate siap kerja.



Ini Kali Lah kita Ubah.

HIJAU KE PUTRAJAYA.

Monday, April 1, 2013

SenyuM


Apa pun yang terjadi,senyumlah..
(^_________________^ )senyum lebar.
Perkongsian fakta mengenai SENYUM

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Sumber : PSIPUM


Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
 (Raihan:Senyum)




Monday, March 25, 2013

MeRaH JaMbu

Bismillah..
Nak kongsi salah satu keindahan dan keunikan ciptaan Allah.
Tasik Merah Jambu atau Hiller Lake terletak di Western Australia.
Ada kawan share kat fb,so aku nak share kat blog.
Sila lah tgk video ni,indah kan?!

nak pergi honeymoon kat cni la.ahaks.

http://www.youtube.com/watch?v=RmpA35AGGvA

Monday, March 18, 2013

oh my STUDY!

hari hari membilang hari. bila nak fokus?
rasa banyak sangat buang masa. sekarang pun masih buang masa. bila nak fokus?
oh my study!
ok stop!!
still buang masa lagi..what to do? do nothing.
hahaha.
.......ilmu bertimbun2........(gambar sekadar hiasan)
sila insaf sekarang!

p/s: teringat masa g angkut buku2 n jurnal dari bilik prof zainon..uihhh...



Tuesday, March 12, 2013

PiLiHaN

Ya Allah aku memohon pemilihan dari pengetahuanMU,
Ya Rabb aku memohon kekuatan dari kudratMU..

antara dua

Tuesday, February 26, 2013

Deep in my heart

Ya Rabbi
hanya padaMu aku mengharap
segala yang ada
hanya milikMu

Ya Rahman Ya Rahim
bantulah aku
untuk terus redha
dalam apa jua keadaan

Ya Allah
jauh di sudut hati
rasa itu masih ada
namun
hakikat harus diterima
untuk teruskan kehidupan



 
 

Sunday, February 3, 2013

Kuliah Dhuha

kuliah dhuha by ust don daniyal
Alhamdulillah diberi peluang mengikuti kuliah dhuha di Surau Annur Bandar Baru Bangi
Allah mengagungkan RasulullahSAW lebih dari segala2nya..kita??

Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad), nescaya berhasillah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam) dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar. (Surah An Nisa’, Ayat 113)