بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 23, 2012

What have I done?

sepanjang hidup aku.
selama 25 tahun dikurniakan nyawa
alangkah pantas masa berlalu
lantas, apa yang telah dilakukan?

Allah..Allah..
muhasabah diri untuk koreksi diri


Thursday, December 6, 2012

Bumi Aceh Serambi Makkah

Alhamdulillah diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Aceh bersama2 keluarga pada minggu lalu. Banyak ilmu dan pengalaman yang berharga yang takkan dapat dilupakan.
Rumah aceh-Rumah Mak Bad di Kg Puuk,Sigli. Menginapselama 2 malam
Cucu cucu Mak Bad bersedia utk ke sekolah. Dijaga oleh Mak Bad kerna ibu n ayah mereka bekerja di kota.


Ukiran batu menunjukkan gambaran gelombang tsunami 26Disember 2004  di kapal PLTD Apung yg tersadai 5km dari pinggir pantai.



Tugu peringatan peristiwa tsunami, Ahad 26 Disember 2004 jam  7.55 pg


Mkn mlm terahir di , Banda Aceh. Bakso di kedai ayam penyet pak ulis.


Nak bercerita kat sini ,panjang sangat. jd biar gambar yg bercerita segala-galanya. More photos, soon....
Aman! Tanpa perang.. :)


Tuesday, September 11, 2012

NoThInG

Saya bukanlah orang yang pandai berkata-kata, dan saya juga kekadang buntu memikirkan untuk mencipta kata-kata.
Saya bukanlah di kalangan mereka yang pandai menulis dan berpuitis, dan kekadang jemari kaku untuk menarikan tinta.

mari kita tengok dunia sekeliling, apa yang terjadi pada masa kini.
Ramadhan dah pergi meninggalkan kita, Syawal pun akan beransur pergi.
Tapi setakat mana hari hari kita di isi agar, hari ini lebih baik dari semalam?

Terlalu banyak isu, kalau tak ambil tahun, memang tak tahu.
Atau buat2 tak tahu, itu lagi masalah yang besarrr..

Umat Islam di Palestin, Syria dan Myanmar.
PRU 13
Gangnam, kampung KL style. ( ini pun boleh jd satu isu yang besarrr)

Manusia akhir zaman.







Tuesday, September 4, 2012

it's just a thought

no matter what,
it's just a thought,
just across your mind,
it might never happened in your life,
so just stay still,
on your track right now,
as it is the best,
for you and others.

Thursday, July 26, 2012

Sesungguhnya Allah itu dekat..

Di saat dirimu tidak punya sesiapa melainkan Allah, ingatlah Allah itu lebih dari cukup dan segalanya. Ramadhan dan doa, sungguh Allah mendengar keluhan dan luahan hati insan. Di kala rasa takut dan bersedih hati, taqarrub itu menjadi pilihan diri.


" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." ( al-Baqarah : 186)

Allah memberi jaminan pada kita bahawa setiap doa akan termkabul bila mana kita memenuhi perintahNYa. Usah sombong dan takbur, jangan hanya meminta tapi tidak memberi. Benar sekali, konsep memberi dan menerima dalam kitaran hidup harus di aplikasi, begitu juga dengan hubungan kita dan Sang Pencipta.
Dan yakinlah dengan janjiNya, berdoalah dengan penuh harapan agar kita menjadi hamba yang Allah redha di dunia bahkan di akhirat.

" Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah diciptakan dengan baik. Berdoalah dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan." ( Al-A'raf : 55-56)

Sekali lagi Allah mengutuskan ayat-ayat cintaNya, bahawa Dia ingin sekali hamba-hambaNya berdoa dan berharap. Namun harapan dan kebergantungan itu haruslah hanya pada Yang Maha Satu. Berbuatlah kebaikan, nescaya akan ada ganjaran dari Sang Khaliq. Sungguh, dengan meletakkan segala kebergantungan padaNya kita akan lebih bahagia, jauh dari sengsara.Dan bersempena di bulan mulia, bulan penuh rahmat dan maghfirah marilah kita sama-sama berdoa.

teruskan berdoa..


Moga-moga Allah memandang kita dengan cintaNya, untuk menuju syurga bahagia. Bahagia, jiwa bahagia dan tenang. Usah sesekali berputus asa dengna rahmatNya. Allah berfirman: 
" Masuklah kamu ke dalam syurga. Tidak ada rasa takut padamu dan tidak pula akan bersedih hati." (Al-A'raf : 49)

RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH ITU LUAS. SELUAS LAUTAN MEMENUHI DARATAN, SELUAS LANGIT MEMBIRU TAK BERTEPI 

Saturday, July 21, 2012

Nikmat Ramadhan

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk  Allah yang masih sudi memberikan hamba-hambaNYA peluang untuk berada di bulan Ramadhan. 1 Ramadhan telah berlalu, sungguh masa bergerak begitu pantas sekali. Terlalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling, lumrah kehidupan di dunia. Ada yang manis, pahit, suka dan duka, berbagai rasa. Moga redha Allah mengiringiku sepanjang perjalanan menuju hidup akhirat yang abadi. Bersempen Ramadhan, bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita koreksi diri, bermuhasabah, duduk dan renung sejenak apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan sepanjang bulan yang mulia ini. 


begitu istimewa ibadah puasa ini sehinggakan Allah akan memberi ganjaran yang tak ternilai. Sebagaimana dalam hadis Qudsi, 

Allah berfirman: "Puasa adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan (langsung) memberikan pahala kepada orang yang berpuasa." (Hadits Qudsi, Riwayat Bukhari)
Shiyam + Quran + Qiyam
suka untuk saya memetik kata-kata dari Ust Pahrol Juoi
"Puasa itu "menahan" nafsu dalam usaha mendidik dan melatihnya. Nafsu tidak boleh dihapus, tetapi hanya boleh diurus.
  Sekat kekuatannya dengan 'Shiam' pada siangnya - dengan tidak makan, minum serta menahan pancaindera daripada maksiat dan dosa.
 Bebankan ia dengan 'Qiam' pada malamnya - dengan solat, tadarus dan ibadah sunat.

Beribadahlah sehingga diri menjadi letih untuk melakukan maksiat!
Perangilahlah nafsu, musuh yang paling disukai dan dicintai oleh diri."
Dan yang paling utama ialah untuk mencapai tahap TAQWA itu.
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”  (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Tuesday, July 17, 2012

In The Footsteps of the Prophet

  Alhamduillah, berkesempatan menghadiri majlis ilmu.Sungguh bermakna apabila penyampai itu merupakan cucu kepada Imam Hassan Al-Banna iaitu Proffesor Tariq Ramadhan.Mutiara-mutiara yang berharga dapat dkutip sepanjang pengisian bersama beliau. Suasana dalam dewan Cultural Activity Centre di UIAM Gombak sungguh penuh dengan ribuan insan yang dahagakan lmu, ingin sama-sama bersedia untuk dididik dan mendidik ummah. Perkara pertama yang disentuh oleh Prof Tariq mengenai betapa ramainya bilangan manusia namun ianya tidak memberi makna. "you are numerous, but the impact is nothing" sejajar dengan Hadith Rasulullah SAW bersabda:


"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Justeru, sebagai Muslim, kita seharusnya memaknakan kuantiti yang kita ada sebagai kekuatan untuk menjadi yang lebih baik yang mampu menyumbang sesutu untuk dunia.



Untuk mengikut jejak langkah Rasul, untuk membina suatu komuniti Muslim yang berkualiti harus menitikberatkan pada tiga benda utama.

1. Change the way look at things.
-How do we look at nature : it is a gift from Allah
-How do we look at poor people : Allah is testing you
-How do we look at parents,women,kids
Al those kind of thing should be looked with our heart in a spiritual way, give the meaning for all things surrounds us.

2. Change the way we have to behave accordingly
- Communication with Allah, mankind and all creation. Have to have the ethic qualities. As Rasullullah SAW ,he is strict and demanding person but at the same time not doing it in the harsh way. He make things easy to people. What we should have:
- Confident (tawakkal)
-Trust
-ambitious
-Courage

3. Connection
connect the life with right values, care and celebrate life with the right principle. 

Setakat ini dahulu. 
Tidak lupa juga setinggi-tinggi tahah buat sahabat-sahabat One Heart Creative Solutions yang berjaya menganjurkan such a well organized event! Rasa bahagia dapat bertemu dengan kalian. Moga Allah redha. Amieen!

Monday, July 2, 2012

COUNTDOWN!!

It's near,very near..just around the corner..
how bout the preparation?
17 days to go!

Monday, June 11, 2012

kebangkitan IsLaM

Akhir akhir ini, terlalu banyak perkara yang berlaku ke atas umat islam sedunia. Lihat sahaja situasi di Syria,dan yang terkini di Myanmar. Allah, selamatkanlah umat2 islam seluruh dunia.hanya doa yang mampu kami hulurkan untuk mereka..Mereka menuggu kebangkitan Islam, di seantero dunia.membantu memberi sokongan dan segalanya. Sesungguhnya kalian tidak bersendiri, akan ada tangan-tangan yang membantu menghulurkan kasih sayang untuk keamanan.
Bagaimana ini semua boleh berlaku? ya akhir zaman..dunia sudah lanjut usia, hanya menuggu masa untuk berakhir.dan hari itu ilah Hari Kiamat! bagaimana kehidupan kita sekarang? senangkah? tenangkah? gembirakah? apa itu sudah cukup untuk persediaan hari terbesar itu?

sila klik link di bawah untuk maklumat terkini-->>
terkini:Kisah umat islam di Myanmar

Monday, May 21, 2012

Mari BerdoA...di Bulan Rejab

jom baca doa!

Pejam celik pejam celik dah 1 rejab hari ini..sungguh pantas masa berlalu,less than 60 days..counting for Ramadhan..


Thursday, April 12, 2012

TeRiMa KaSiH En.KeTaM!!

"Wah! Sedap sungguh bila dapat makan ketam masak lemak cili api.Hmm, menyelerakan!"
Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat untuk terus merasa dan menikmati segala  nikmat di dunia.

Sedap!
Ketam.
Walau diluar diselaputi cangkerang yang keras, namun di dalam tersembunyi isi yang putih nan lembut.
Ketam.
Amat payah untuk merasa isi yang enak itu, perlu digigit dan mungkin perlu diketuk dengan batu. Namun akhirnya segala kepayahan berbaloi apabila dapat merasa isi yang sungguh lazat!


Begitulah gambaran hidup manusia di bumi ini.
Harus kuat. Harus tabah. Dan semestinya harus ada hati nan lunak lembut mengingatiNya dan kebergantungan hanya pada Yang Maha Satu!
Dan pasti, ada ganjaran pahala serta haruman Firdausi yang menunggu..


Monday, April 9, 2012

TUA MUDA

Bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Lebih-lebih lagi hati anak muda. Macam-macam alasan diciptanya. Zaman sekarang dah berubah, yang lebih tua pula terpaksa jaga hati dan perasaan yang muda. Dah tu, anak muda sekarang memang tak reti bahasa agaknya! Sabar aje la..


Sebagai orang yang lebih tua, sayanglah pada yang lebih muda.
Sebagai orang yang muda, hormatlah pada yang lebih tua...


Titik.


"Barangsiapa tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi." (hadith Riwayat Muslim)

saya sayang cikgu saya!

Wednesday, March 28, 2012

BISA ITU BISA MENYELAMATKAN


Setelah beberapa bulan menyepi, tiba-tiba rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu di alam maya ini. Mari sama-sama hayati kisah ini. Kisah hebat seorang raja menjadi ahli sufi yang mulia, iaitu  Sultan Ibrahim bin Adham.
Dia adalah raja di Balkh satu wilayah yang masuk dalam kerajaan Khurasan, menggantikan ayahnya yang baru mangkat. Sebagaimana umumnya kehidupan para raja, Ibrahim bin Adham juga berselimutkan kemewahan. Hidup dalam istana megah berhias permata, emas, dan perak. Setiap kali keluar istana, ia akan di kawal oleh 80 orang pengawal. 40 orang berada di depan dan 40 orang berada di belakang, semuanya lengkap dengan pedang yang diperbuat dari besi yang berlapis emas.

Semenjak satu peristiwa yang menyedarkan ia bahawa dunia ini hanya sementara, Ibrahim mengambil keputusan untuk mengembara semata-mata untuk melihat kebesaran Allah SWT. Suatu hari,  di tepi sebuah sungai, sedang ia bersandar di bawah sepohon pokok merehatkan diri sebentar setelah mengembara, ia ternampak seekor kala jengking bergerak dengan amat pantas di tepi sungai tersebut. Terdetik di benak Ibrahim akan kejadian kala jengking,lantas ia bergerak mengikuti kala jengking tersebut untuk mencarii apa tujuan kejadian makhluk Allah yang berbisa itu. Sampai di hujung anak sungai, kala jengking itu bergerak naik ke atas seekor katak lalu menyeberang sungai tersebut.
Bisa menyelamatkan

Sesampainya di seberang sungai, kala jengking turun dari badan katak tersebut dan berlari dengan laju sekali hingga tiba di sebatang pokok. Di situ, terdapat seorang hamba Allah sedang bersandar di tepi pokok. Ibrahim ternampak ada seekor ular yang sedang bergerak ke arah hamba Allah tersebut dan bersedia untuk mematuknya. Tiba-tiba kala jengking tadi menerkam kea rah ular tersebut dan akhirnya ular itu mati akibat bisa gigitan kala jengking. Hamba Allah yang sedang bersandar tadi selamat daripada terkena patukan ular. Dengan itu, tahulah Ibrahim bahawa setiap kejadian dan makhluk Allah di muka bumi ini ada hikmah dan tujuannya.

Begitulah betapa hebat seorang raja yang bersungguh-sungguh mencari ilmu demi mengagungkan kebesaran Allah SWT. Dan sesungguhnya bisa kala jengkit itu bisa menyelamatkan nyawa seorang manusia. Benarlah bahawa setiap yang ada dan yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
Wallahua’lam..

Credit to Abg Din & Kak Yah di atas perkongsian ilmu ini. Jazakumullahu khairal jaza’.