بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, June 16, 2014

MoM & DaD's Day

Lambat. Memang lambat. semenjak dah berdua ni jarang buka blog dan update.
Hari ini aku terasa rindu sangat. Rindu pada dua insan yang tiada penggantinya. Ma n Abu. Merekalah ibu ayahku dunia akhirat.
Walau sentiasa mendengar suara mereka lewat alat telekomunikasi, namun pandangan mata tidak bertaut, memang lain rasanya. Almaklum,kekangan masa aku tak dapat pulang ke kampung sudah hampir dua bulan lamanya..
Namun doaku semoga mereka sentiasa bahagia dan ceria meniti hari-hari tua.

Saja mengambil peluang ini, sempena hari ibu dan hari bapa yang telah lepas beberapa minggu lalu.
Tanpa mereka siapalah aku. Dengan didikan dan tarbiyyah aku mengenal erti hidup. Dari kecil hingga dewasa. Mereka tak pernah putus memberi yang terbaik utk aku dan adik beradik.







Ya Allah Yang Maha Mengasihani, kau lindungilah mereka. Rahmati dan ampunilah mereka.