بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 27, 2011

It’s all about my FYP


FINAL YEAR PROJECT- Alhamdulillah wasyukurillah akhirnya selesai final presentation. Coming up next, poster exhibition and do some correction of my thesis. Perasaan bercampur baur ketika ini. Gembira. Lega. Benar, tidak salah untuk bergembira tapi harus ada batasnya. Kerana ianya hanya sementara. Nikmat dunia hanya sementara, segala kegembiraan ini akhirnya akan lenyap jua.

Dalam kesibukan ini tetiba terfikir sejenak, ingin memuhasabah diri sendiri. Aku berharap ilmu yang ada bukanlah hanya di akal semata-mata. Namun ilmu itu terletak di hati untuk ditafsirkan.

Imam Malik bin Anas r.a.berkata:"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan sesuatu, melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Muhasabah diri

Aku bertungkus lumus menyiapkan thesis agar tiada kesilapan

Adakah aku bimbang adanya kesilapan dalam kitab amalan yg dicatit oleh Raqib dan ‘Atid?

Aku membuat persiapan sebelum presentation

Adakah aku bersiap utk mati?

Aku membuat persediaan utk menjawab soalan2 yang bakal ditanya oleh examiner

Adakah aku bersedia utk soalan Malaikat Munkar n Nakir di alam kubur?

Aku berpakaian kemas mejaga imej sebelum berhadapan dgn manusia( examiner)

Apakah aku ada mengambil berat tentang itu sebelum menghadap Allah (solat)?

Aku tahu tarikh dan masa utk presentation

Adakah aku tahu bila detik n masa nyawaku kan berhenti?

Aku seram,nervous dan macam2 perasaan sebelum tibanya waktu presentation

Apakah perasaan yang sama wujud utk aku mnghadapi waktu ajal menjemput?

Aku ingin menyiapkan sebuah poster yang menarik untuk dipamerkan ketika exhibition

Adakah aku menyiapkan diri dengan akhlak baik dan amalan soleh yang bakal ditayangkan di Padang Mahsyar kelak?

ASTAGHFIRULLAH...

Banyaknya cacat cela dalam hidupku.

Jadikan ujian di dunia sebagai wasilah untuk kita lebih bersedia manghadapi waktu itu. Waktu yang sememangnya akan berlaku dalam hidup kita,bukan pengakhiran hidup.Namun permulaan sebuah kehidupan yang abadi.

Wallahu a’lam..

p/s: Tahniah buat yang dah selesai present tadi. All da best buat sahabat-sahabat yang akan present esok..Bittaufiq wannajah insyaAllah..Smile.

Sunday, April 24, 2011

Allah mencintaimu dengan nikmat ,mengapa membalasnya dengan maksiat?


Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

Saat pertama kali mendengar hadis ini, terasa begitu luas dan tidak ternilai kasih sayang dan cinta Allah pada hamba2Nya. Namun diri terfikir sejenak, apakah hamba itu diriku? Sungguh agung cinta Allah,sifat Rahman dan RahimNya meliputi langit dan bumi. Tidakkah kita semua ingin menjadi salah seorang hamba yang dicintai Allah?

Allah terus mencintai hamba-hambaNya.Dengan segala nikmat di dunia, nikmat udara, air, kesenangan ,nikmat kasih sayang antara manusia yang membolehkan kita terus bernafas , denyut nadi dan jantung untuk terus bergerak tanpa sesaat pun berhenti hingga tibanya saat ajal menjemput.

Namun, kita sebagai manusia sering lupa dan alpa. Dengan nikmat yang diberikan tanpa ada ingatan pada Sang Pemberi. Nikmat yang diberi digunakan namun tidak dibalas dengan sebaiknya. Malah, kita membalasnya dengan maksiat. Diri dan hati yang tidak lekang dari membuat dosa. Dosa berburuk sangka, mengumpat, sombong, akhlak buruk dan sebagainya. Ibadah yang dilakukan langsung tidak memberi kesan pada hati ini.

Ya Allah, kami hambaMu yang lemah dan hina, ampunkanlah kami. Ya Allah Engkaulah Pemilik hati kami, lunak lembutkanlah hati-hati kami dengan CIntaMu yang abadi. Agar kami tidak berpaling sedikitpun dari Rahmat dan Rahman Mu ya Rabbi dengan limpahan HidayahMu.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (surah al-Fatihah ayat 5 dan 6)

[muhasabah dan peringatan untuk diri sendiri]


Tuesday, April 19, 2011

Every Breath is a Blessing


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini. Ingin menjadi seperti matahari, mawar, bumi dan hujan..sungguh rahsia alam semesta ini banyak mengajar manusia agar mereka selalu berfikir. Menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah..

"Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (Surah An-Naml: 93)

Rahmat, nikmat dan kasih sayang Allah meliputi langit dan bumi, timur dan barat, siang dan malam. Haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya melalui perbuatan dan dalam setiap perkara yang dilakukan sebelum detik itu tiba.

"(Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Ilah Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran." (Surah Ibrahim:52)

Every Breath is a Blessing by Mesut Kurtis

Be like the sun
Shining with light
Be like a rose
Spreading its fragrance
In every path

Be like the earth

Humble and wise
Be like the rain
Pouring all your love
To every soul

Chorus:
Stop speculating and guessing
Trust what your heart is sensing
Every new breath is a blessing
Sent by Allah

Inspire people with your manners
Dedicate your life to helping others
If you don't know them they're still not strangers
All other humans are your brothers

Chorus

Why do we chase after material possessions?
Do we really think that it will bring us pleasure?
Don't think contentment comes from having wealth
None of it will delay our moment of death
Peace and happiness are in worshipping Allah

http://www.youtube.com/watch?v=x7_hLnttsyk

Monday, April 18, 2011

PeLaNgi HiDuP

Apa yang anda tahu tentang pelangi? Bentuknya, warnanya? Bagaimana ia terjadi?

Kali ini aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku pun baru tahu. Setelah menonton Saluran TVIQ di Astro, baru ku tahu sebenarnya pelangi berbentuk satu lingkaran bulat. bagi sesiapa yang dah tahu tu tak mengapa,teruskan pembacaan anda di sini untuk refresh ilmu . kalau tak sudi tak mengapa. (^_^)

Pelangi adalah salah satu gelombang elektromagnetik, dan setiap warnanya mempunyai panjang gelombang tersendiri. Pelangi hanya dapat dilihat saat hujan bersamaan dengan matahari bersinar, tapi dari sisi yang berlawanan dengan si pemerhati. Pembiasan sinar matahari oleh titisan air hujan yang berlaku maka terhasillah pelangi nan indah. Subhanallah!



Why is a rainbow in arc-shaped?ini berlaku kerana sudut(angle) antara matahari, titisan hujan dan pemerhati. Kita hanya dapat melihat separuh dari bulatan yang sebenar jika berada di bumi. Nak lihat lingkaran bulatan pelangi? boleh, kita akan melihatnya apabila berada di atas seperti memandang dari sebuah kapal terbang. Oleh kerana separuh daripada lingkaran bulatan itu adalah di bawah garis horizon menyebabkan pemandangan di bawah adalah separa melengkung.

Begitulah alkisahnya..

Mari kita hayati kisah pelangi ini, dan kaitkan dengan hidup kita.

"Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian" (Surah T-Tin:5)

Nak lihat bentuk pelangi yang sempurna satu lingkaran bulatan harus berada di tempat yang tinggi bukan? Kalau inginkan kesempurnaan dan keselesaan, haruslah berusaha lebih untuk melangkah pergi sejauh mana yang kita mampu. Namun bila dah mencapai kejayaan tidak harus melupakan pada yang bawah. Pelangi masih berkongsi keindahannya pada yang ada di bumi..Jangan jadi manusia kikir. Jadi kita harus memaknakan kesempurnaan itu.

Kerana setiap kesempurnaan dan kejayaan yang kita ada bukanlah hak milik abadi, ia hanya pinjaman duniawi, sementara berada di muka bumi ini.
Biar tidak sempurna di mata manusia, asal sempurna iman dan taqwa pada Sang Pencipta, menuju negeri akhirat yang tiada penghujungnya.

Wallahua'lam...




Saturday, April 16, 2011

Durian Oh Durian


Tiba-tiba je teringat pada buah durian..Perancangan utk menziarahi kakakku di Bukit Gantang ,Perak terpaksa dibatalkan pada mnggu ini atas sebab2 tertentu. Jadi tak dapatlah aku merasa durian Perak. Maklumlah sekarang ni musim durian. Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Dan ada yang lebih baik yang aku dapat utk minggu ini.

Alhamdulillah, hari minggu ku terisi di taman-taman ukhuwwah bersama sahabat- sahabat yang mukminah lagi solehah.

Mari kita belajar dari alam. Seronok. Durian.

Diluar nampak keras ditambah dengan kulitnya yang berduri. Sebab itu dinamakan raja buah, sekali terkena duri itu boleh terluka. Kepada bukan penggemar dan tidak tahu menahu tentangnya, durian di pandang sebelah mata. Malah akan ada yang menekup hidung dan berkata , "bau durian tu busuklah!". Cukup untuk meluahkan pandangan negatif tanpa ada keinginan untuk menjamah isinya.

Namun lain pulak bagi penggemarnya, bau itu lah yang diidam-idamkan. Rupa-rupanya disebalik kulit yang berduri dan tidak menarik terselit berpangsa-pangsa isi kuning yang lembut dan manis sekali. Sebagai hadiah buat penggemar, memang berbaloi walau terpaksa bersusah payah untuk mengeluarkannya dari kulit yang berduri dan keras.

Begitulah hati manusia, diluar tidak nampak. Kena selami dan kenali baru lah tahu siapa dia sebenarnya. Luaran nampak keras namun terselit sekeping hati kecil yang lembut dan mudah didekati .Mungkin juga di luar nampak lemah lembut,sopan santun namun di hati ada dendam. Itu yang bahaya! Duhai hati, ingatlah Allah sentiasa ada, Dia akan menghisab segala-galanya samada yang terzahir atau tersembunyi..
Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui ,Tuhan Pemilik Hati..

Wallahua'lam..

"Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Surah Qaf: 16)

" Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring(sama) sahaja keadaanya kpd Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di dalam dada" (Surah Al-Mulk:13)

Friday, April 15, 2011

Mahu Cantik dan Harum


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

Sumber:http://genta-rasa.com/2009/07/27/bunga-yang-cantik-jarang-harum/

“Ya ALLAH, sebagaimana telah kau perindahkan kejadianku, perindahkanlah jua akhlakku.”

Thursday, April 14, 2011

Belajar Seumur Hidup


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..hanya itu ucapan yang mampu aku ungkapkan. Setelah sekian lama ,ia berakhir jua. Sepanjang lebih kurang 17 tahun berada di bawah sistem pendidikan di Malaysia, hari ini aku telah selamat menamatkan last paper for my final year dengan jayanya(Berjaya insyAllah..). namun tak bermakna dengan akhirnya paper td maka tamat sudah proses pembelajaran dan berakhirlah segala2nya.

Allah berfirman yang bermaksud :

Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar : 9

Selain itu ada banyak hadis memperkatakan tentang ilmu. Dari Anas bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda, ‘Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.’- Ibnu Majah

Di sini aku nak berkongsi sedikit tips dan panduan untuk “BELAJAR SEUMUR HIDUP”

1)Bina kesedaran bahawa menuntut ilmu sangat penting- Bukalah minda dan jiwa kita utk pembelajaran dan pengalaman . Carilah kuasa dan keajaiban ilmu yang diperolehi sepanjang hayat utk menjadikan kita semakin ‘manusia’.

2)Jangan sempitkan cara belajar –terimalah hari-hari dalam hidup kita sebagai satu proses pembelajaran.

3)Gunakan masa anjal- byk masa kita terbuang begitu sahaja tanpa ada sebarang aktiviti yg berfaedah. Sedangkan terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan seperti membaca artikel,mendengar ceramah sementara memandu atau menunggu rakan.

4)Jadi seperti anak kecil yg sentiasa ingin tahu- bina perasaan inquisitive.Bagaimana ujan dan pelangi terbentuk? Bagaimana Muhammad Al-Fateh Berjaya menawan Constantinople? Kanapa minyak dan barang asyik naik harga?

5)Cari peluang utk pengalaman baru-mencuba dan menyertai sesuatu program,kerja mal dan meyertai program jati diri.

6)Manfaatkan internet- segala maklumat hanya di hujung jari anda. Gunakan utk menimba ilmu baru buan perkara haru biru.

7)Belajar dari kesilapan-renungi dan kenal pasti kesilapan dan cuba perbaiki dan elakkan berulang lagi.

8)Lihat dari perspektif yang berbeza- jika kita memandang ke luar rumah melalui tingkap ruang tamu pemandangannya akan berbeza berbanding jika memandang melalui tingkap dapur.begitu juga dengan ilmu. Semakin banyak tingkap yang dimiliki semakin banyak ilmu dan hikmah yang akan diperolehi.

[Sumber: Majalah Solusi isu no 27]

Ilmu Allah itu luas sekali..

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Luqman : 27

Tuesday, April 12, 2011

Pokok Cinta


Sekadar perkongsian dan peringatan buat semua dan diri sendiri. Marilah sama2 kita mengambil iktibar dari sebatang pokok, yang mengajar kita erti sebenar utk menjadi seorang abdillah yg benar-benar kasih dan cinta pada Sang Pencipta.

AKAR- Ketundukan Kepada Allah

BATANG - Pengenalan Mendalam Terhadap Allah

RANTING - Rasa Takut Kepada Allah

DAUN - Rasa Malu Kepada Allah

BUAH - Ketaatan Kepada Allah

AIR DAN TANAH - Ingatan Kepada Allah


Ingatlah ,Allah mencintaimu dengan nikmat mengapa membalasnya dengan maksiat?

Sumber: iluvislam.com


Just For You


first time dengar full version lagu upin ipin ni..penuh makna n sungguh meriangkan hatiku..
Duhai sahabat..yang kurang ayuh kita saling melengkapkan, yang lebih kita saling berbagi..kerna itulah yang sebaiknya sebagai hadiah seorang teman..


Moga Allah merahmati kalian sahabat2 ku..
kata-kata Imam Al-Ghazali:
"Ukhuwwah itu bukan pd indahnya pertemuan, tp pd ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
Khas buat sahabat2ku ex-SHAMS,UIAM dan buat semua..


Monday, April 11, 2011

Selawat Tafrijiyyah



"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Tafrijiyyah bererti terbuka sehingga menjadi lapang..Ini salah satu doa yg di ajar ibuku tersayang..moga sama2 beroleh manfaat..

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Biar sedikit asalkan berterusan.bukankah itu yang amalan yg disukai Allah?
WALLAHUA'LAM...

BerGAYA tp mengundang BAHAYA!!

Renung2kan dan selamat beramal~

Tak kisahlah Tudung Fareeda ke.. Tudung Syria ke.. Tudung Ariani ke.. Tudung Qaisara ke.. Tudung Wardina ke.. Tudung Waheeda ke.., aurat kena jaga sebetul-betulnya.

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah, Lindungilah kami..

Jauhilah Pemakaian Tudung Dengan Menampakkan Bentuk Leher

Larangi kaum wanita kita dari memakai sanggul begini.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)...

[credit to ukht fatimahsafiah@ www.mutiaralautbiru.blogspot.com]

Bulat Tak Datang Bergolek

salam'alaik..
mesti semua pernah dengar peribahasa melayu as my title 4 dis new entry and of course anda semua tahu akan maksudnya.. Almaklumlah sekarang ni aku masih di fatrah exam,bukan calang2 exam..final exam for the final semester here,'The Garden of Kwoledge n Virtue' UIA terchenta =) Alhamdulillah, aku masih lg berusaha utk bertabah n bertahan..until this May insyaAllah.

Apa yg igin dikongsi kali ini ialah tentang kejayaan..
Allah telah berfirman yg bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak)"(An-Najm:39-40)

pepatah inggeris ada berbunyi "Success is a journey,not a destination". That's why kita kena laluinya dlm satu masa yg agak panjang.Bukan hanya di dunia ni malah yg lebih besar di Akhirat sana.Oleh itu untuk mendapat balasan yg baik perlulah berusaha lebih dan dalam konteks ayat ni kita kena berusaha utk mempertingkat amalan. Allah telah berjanji bahawa setiap amalan baik itu akan dibalas dengan balasan yang baik dan setiap amalan buruk itu akan dibalas dengan balasan yang buruk. Dan kita seharusnya berusaha utk mencapai kejayaan baik didunia mahupun di akhirat.

Berusaha Berjaya by Hijjaz

Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

check it out and enjoy urself watching this video =)
http://www.youtube.com/watch?v=gLibXyr8LgA

Sunday, April 10, 2011

MUhaSabaH DiRi

Alhamdulillah akhirnya aku dapat buka blog ni setelah sekian lama..(Password misssing in action~hehe)

Alhamdulillah, pada jumaat lepas 8 April Allah telah memberi kesempatan padaku utk mengikuti study circle@ usrah..namun usrah kali ni lain dari yg lain kerana ahli2nya bukan dari kalanganku(bukan alien la)..bermaksud aku berpeluang menghadiri usrah para ustazah dari Quranic Language Department(QLD) di Pusat Asasi Kampus Nilai bersama kakakku yg juga lecturer di situ.
tajuk utama perbincangan usrah pd hari itu adalah MUHASABAH..
jadi di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yg telah kuperolehi dari asaatizah yg begitu mantap,mesra n sungguh semuanya bersifat keibuan yg teramat..(mode happy walaupun pd awalnya aku malu2).

Berbalik pd main point, ada 6 langkah dlm kita nak bermuhasabah bedasarkan kitab karangan Ibnu Qudamah:

1) Musyarotoh- memberi syarat dan perjanjian pada diri sendiri bahawa ingin bermuhasabah

2) Muraqabah - mendekatkan diri pada Allah.Sebagaimana fiman Allah :
"Dan apabila hamba- hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Sebab itu hendaklah mereka memohon perkenan kepadaKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka memperoleh petunjuk."
(Surat Al Baqarah:186).

3) Muhasabah - menghitung segala kesalahan atau dosa yg telah dilakukan. sebagaimana
kata2 Saidina Umar:" hisablah dirimu sebelum dihisab, dan timbanglah sebelum ia ditimbang, bila itu lebih mudah bagi kalian dihari hisab kelak untuk menghisab dirimu dihari ini, dan berhiaslah kalian untuk pertemuan akbar, pada saat amalan dipamerkan dan tidak sedikitpun yang dapat tersembunyi dari kalian"

4) Mu'aqqobah - memberi hukuman pada diri sendiri atas kesalahan atau dosa yg dilakukan..ada satu kisah mengenai seorang ulama' yg terlupa utk qiamullail hanya satu kali, lalu beliau menghukum dirinya dengan menunaikan qiamullail sepanjang setahun..subhanallah sugguh mulia peribadi.

5) Mujahadah - bersungguh2 dan berjuang utk menahan diri dari melakukan kesalahan yg sama

6) Mu'attabah - mencela diri dan kesalahan yg telah dilakukan.
teori Barat mengatakan 'don't blame yourself' namun sesekali kita terpaksa
meletakkan kesalahan pada diri sendiri walaupun ianya bukan senang utk menjatuhkan
ego diri sendiri. Dengan cara ini, kita akan sedar segala dosa kita dan berazam agar takkan
mengulanginya.

Segala perbuatan dan pertuturan kita kadang2 telah mengguris hati kecil insan sekeliling tanpa disedari dan yg lebih penting kita telah melakukan satu dosa kepada Allah tanpa kita sedari.Islam telah mengajar kita agar sentiasa bermuhasah kerana muhasabah diri merupakan salah satu cara utk kita menjadi yg lebih baik n terbaik. oleh itu sama2 lah kita berusaha untuk ke arah itu. insyaAllah..