بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 3, 2011

SaLaM EiDuLaDhA


Terlalu pantas masa berlalu..tibanya satu lagi tarikh penting buat umat Islam seluruh dunia.10 zulhijjah bakal menjelang, eiduladha akan di sambut dgn gemilang. Marilah sama-sama kita menghayati sejarah di sebalik meraikan hari raya aidiladha ini.Ia merupakan hari raya yg lebih besar dari hari raya aidilfitri.
Menghayati erti sebenar sebuah pengorbanan.Jenguk kembali sirah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s.
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar
(Surah A-Saffaat:102-107)

Bagi mereka yang berkemampuan dan berkesempatan, di waktu inilah Allah tetapkan waktu untuk beribadah.Menunaikan rukun Islam yang kelima-menunaikan fardhu haji di Makkah bg yang mampu. Nah! sungguh luarbiasa bukan.ini lah ibadah yang telah ditetapkan waktu dan tempat utk semua umat Islam.aku ingin benar menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti,insyAllah!

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Surah Al-Baqarah :196)

Dan bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk ke Makkah, ada ibadah yang lain yang Allah beri peluang utk kita. Ibadah korban, sebagai mengingati sirah dari kisah nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya
(Surah Al-Hajj:37)

wallahua'lam....
Selamat menyambut Aidil Adha Al-Mubarak!

No comments: