Setelah beberapa bulan menyepi, tiba-tiba rasa terpanggil
untuk berkongsi sesuatu di alam maya ini. Mari sama-sama hayati kisah ini. Kisah
hebat seorang raja menjadi ahli sufi yang mulia, iaitu Sultan
Ibrahim bin Adham.
Dia adalah raja di Balkh satu wilayah yang masuk dalam kerajaan
Khurasan, menggantikan ayahnya yang baru mangkat. Sebagaimana umumnya kehidupan
para raja, Ibrahim bin Adham juga berselimutkan kemewahan. Hidup dalam istana
megah berhias permata, emas, dan perak. Setiap kali keluar istana, ia akan di
kawal oleh 80 orang pengawal. 40 orang berada di depan dan 40 orang berada di
belakang, semuanya lengkap dengan pedang yang diperbuat dari besi yang berlapis
emas.
Semenjak satu peristiwa yang menyedarkan ia bahawa dunia ini
hanya sementara, Ibrahim mengambil keputusan untuk mengembara semata-mata untuk melihat kebesaran Allah SWT. Suatu hari, di tepi sebuah sungai, sedang ia bersandar di
bawah sepohon pokok merehatkan diri sebentar setelah mengembara, ia ternampak
seekor kala jengking bergerak dengan amat pantas di tepi sungai tersebut.
Terdetik di benak Ibrahim akan kejadian kala jengking,lantas ia bergerak
mengikuti kala jengking tersebut untuk mencarii apa tujuan kejadian makhluk
Allah yang berbisa itu. Sampai di hujung anak sungai, kala jengking itu
bergerak naik ke atas seekor katak lalu menyeberang sungai tersebut.
Bisa menyelamatkan |
Sesampainya di seberang sungai, kala jengking turun dari badan
katak tersebut dan berlari dengan laju sekali hingga tiba di sebatang pokok. Di
situ, terdapat seorang hamba Allah sedang bersandar di tepi pokok. Ibrahim
ternampak ada seekor ular yang sedang bergerak ke arah hamba Allah tersebut dan
bersedia untuk mematuknya. Tiba-tiba kala jengking tadi menerkam kea rah ular
tersebut dan akhirnya ular itu mati akibat bisa gigitan kala jengking. Hamba
Allah yang sedang bersandar tadi selamat daripada terkena patukan ular. Dengan
itu, tahulah Ibrahim bahawa setiap kejadian dan makhluk Allah di muka bumi ini
ada hikmah dan tujuannya.
Begitulah betapa hebat seorang raja yang bersungguh-sungguh
mencari ilmu demi mengagungkan kebesaran Allah SWT. Dan sesungguhnya bisa kala
jengkit itu bisa menyelamatkan nyawa seorang manusia. Benarlah bahawa setiap
yang ada dan yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
Wallahua’lam..
Credit to Abg Din & Kak Yah di atas perkongsian ilmu ini.
Jazakumullahu khairal jaza’.
No comments:
Post a Comment