بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, May 17, 2013

WudHu' SolaT dan KhuSyu'

Solat itu tiang agama. Solat membezakan antara muslim dan kuffar. Solat itu membawa ketenangan di jiwa, solat ialah satu terapi jiwa dan kerehatan. Tapi jangan disalahtafsir, mendirikan solat hanya untuk kerehatan. Ingat, solat itu adalah kewajipan dan syariat. Tuntutan untuk setiap muslim.

Beberapa ayat di dalam Al-Quran menunujukkan kewajipan solat.
Firman Allah W.T.:

أقِيْمُـوْا الصَـلوةَ وَءاتُوْا الزَكَـوةَ واركَعُـوْا مَعَ الرَّاكِعِـيْنَ

Bermaksud:
“Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`”
(Al-Baqarah 2 : 43)

Untuk mendapatkan kesempurnaan solat, bermula dari kesempurnaan wudhu'. Dalam kitab Fiqh ada menyebut "ma la yatimmul wajib illa bihi fa hua wajib" (sesuatu perkara wajib tidak akan sempurna melainkan dengannya, maka perkara itu juga dikira wajib).

Dalam konteks wudhu, kaedah ini digunapakai dimana wudhu' menjadi syarat sah untuk solat. Mari kita sama-sama tonton cara wudhu yang sempurna dan juga sunnah Rasulullah SAW di sini. (WUDHU')

Solat di awal waktu juga salah satu tuntutan. Dengan solat di awal waktu, segala kerja-kerja boleh dilakukan dengan tenang. Selagi mana solat tak ditunaikan, sungguh hati ini memang tidak tenang. Kadang-kadang Allah melihat amalan kita yakni solat,kunci utama segala ibadah. Mungkin dengan kita mempercepatkan kewajipan pada Allah, Allah akan mempercepatkan rezeki kita, even jodoh sekalipun. Mari sama-sama kita muhasabah diri, setakat mana tahap ibadah solat kita.

Dan untuk mendapat khusyuk dalam solat ialah dengan menghadirkan hati dalam solat. Bukan hanya jasad yang melakukan aktiviti solat tersebut tapi hati dan tumpuan entah ke mana.



Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

source : http://ohislam.com/cara-khusyuk-dalam-solat/

No comments: