بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 22, 2011

Di sebalik ' TANGAN PANJANG '


Assalamualaium warahmatullahi wabarakatuh wa maghfiratuhu wa ridhwanuhu ila yaumil akhir...
Alhamdulillah wa syukurillah, setelah sekian lama blog ini menyepi, kali ini ada yang nak menulis merajinkan jari jemari menekan keyboard. sedikit sebanyak ringkasan pengisian dari sebuah buku TAQWA karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w,kebanyakan isteri baginda berusia muda, sedangkan baginda pula menjangkau usia yang tua. Isteri-isteri baginda amat berharap jika Allah izinkan, mereka ingin mati bersama-sama Rasulullah, kerana jika mereka mati dahulu akan dapat segera bertemu Rasulullah kelak. Lantaran itu,mereka berbincang sesama sendiri siapakah yang akan pulang ke hadrat ILAHI seiring kewafatan Rasulullah kelak.

Suatu hari,mereka bertanya kepada Rasulullah berkenaan hal itu, kemudian Rasulullah memberitahu para Ummahatul Mukminin bahawa isteri baginda yang akan kembali ke rahmatullah seiring dengan kewafatan baginda ialah mereka yang 'tangan panjang' yang akan cepat menemui Rasulullah kelak.

Sebaik sahaja mereka mendengar jawapan Rasulullah itu, mereka pun bergilir-gilir mengukur tangan-tangan mereka. Siapakah antara mereka yang panjang? Lalu mereka mendapati Siti Saodah yang tangannya lebih panjang.

Tetapi selepas beberapa ketika kewafatan Rasulullah, tiba-tiba mereka mendapati yang segera menyusul pulang ke rahmatullah bukannya Siti Saodah,tetapi Zainab. Dengan peristiwa itu mereka memikirkan semula apakah maksud sebenar tangan panjang yang dimaksudkan Rasulullah.

Isteri Rasulullah, Zainab mempunyai perusahaan sendiri, beliau seorang pengusaha kulit dan peniaga kulit-kulit binatang. Perniagaannya sangat maju ketika itu menyebabkan beliau tidak terlalu bergantung dengan pemberian daripada Rasulullah. Justeru, Zainab telah menggunakan sebahagian besar keuntungannya untuk berderma dan bersedekah membantu orang-orang susah dan sebagainya. Maka terkenallah dikalangan para isteri Rasulullah yang banyak tangan menghulurkan bantuan ialah Zainab.

Dengan demikian, maka fahamlah para Ummahatul Mukminin bahawa tangan panjang yang dimaksudkan itu bukan ukuran pada fizikal, sebaliknya ia membawa erti tangan yang banyak menderma,memanjangkan tangan membantu dan berbuat kebajikan.

Peribahasa 'tangan panjang' yang diberitahu oleh Rasulullah itu amatlah berbeza dengan tangan panjang yang menjadi peribahasa orang Melayu...

written by~nnhnag ^_^


No comments: