بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 16, 2011

Pulangnya ke rumah yang abadi...


“Maka apabila telah tiba ajal mereka (waktu yang telah ditentukan), tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mereka dapat mendahulukannya.” (An-Nahl: 61)

Tiada lagi tawa riangmu..
Tiada lagi senda guraumu..
Tiada lagi tangis hibamu..
Tiada lagi nasihat cintamu..
Tiada lagi kata manismu..
Tiada lagi ucap sayangmu..

Duhai teman..
Zuriat yang dikau titipkan..
Akan meneruskan perjuangan..
Menjadi mujahidah sejati di pentas kehidupan..
Mewarisi akhlak dan peribadimu..

Duhai sahabat..
Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu..
Pergimu muda kurangnya dosa..
Pergimu mudah insyAllah jannah ganjarannya..

Pulangnya dikau ke rumah yg abadi..
Dan pasti aku akan menyusul suatu hari nanti..

Al-Fatihah buat kakakku Nurdiyana Nordin yg telah kembali ke rahmatullah pada 14/10/2011 11.45p.m.
jam 3.20a.m aku terjaga, kehadiranmu d alam mimpiku ketika saat2 menghembuskan nafas terakhir menjadi kenyataan bahawa kau pergi menghadap Ilahi di alam jagaku..
Segala jasa baik dan kenangan selama 6tahun berukhuwwah dgnmu akan tetap di hati, moga Allah membalas segala kebaikan hatimu terhadapku dan merahmatimu di alam sana..Ameen

Gambar kenangan terakhir bersama arwah sewaktu final sem 4th year-17/03/2011

3 comments:

Syaheera My said...

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..

Semoga kita yg masih hidup mengambil pengajaran..

susuk peribadi yang sgt baik dan solehah..

kita doakan syurga buatnya..amin..

.::Pemburu Cinta Ilahi::. said...

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

al-fatihah..

allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha..amiin

kami akan menyusul kamu jua sutu hari nanti wahai kakakku , Nurdiana Nordin

Safi ArRahman said...

terasa sangat singkat usia kita. benar, kita yang hidup pasti akan menyusul jua. sementara msih dberi kesempatan, marilah kt mendesign n mencorakkan kematian kita sepertimana yang Allah redhai.

masih segar memori bersama dgn beliau. walaupun mungkin tidak banyak dapat bersama, tapi cukup menginsafi diri ini. moga Allah tempatkan k.diyana dkalangan orang2 yang beruntung dsana.

Ya Allah...