JUst nak share sedikit sebanyak point yang aku dapat:
masa yang Allah berikan bergerak secara relatif, terkadang kita rasa terlalu cepat dan terkadang terasa terlalu lambat. Dan bila kita disibukkan dengan perkara yang sia2 makan akan merasakan bahawa masa itu terlalu cepat berlalu sedangkan Allah mengurniakan 24 jam sehari semalam,memadai kehidupan kita sebagai muslim. Maka di situ tandanya tiada keberkatan waktu. Allahurabbi...terkena batang hidung sendiri :(
org yang banyak pengalaman bukanlah orang yang menghadapi perkara2 besar dalam hidupnya, tapi org yang memberi nilai di setiap detik dan saat kehidupan yang dilaluinya. jadi sedarlah bahawa setiap saat Allah berbicara denganmu dengan caranya yang tersendiri.
ummatan wasaton bukanlah umat yang berada di pertengahan, tetapi umat yang membuat pilihan yang TEPAT!
Dan demikianlah (sebagai mana Kami telah memimpin kamu ke
jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat
yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi
keterangan kepada manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan
Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu. (Sebenarnya Kiblat kamu ialah Ka`abah) dan tiadalah
Kami jadikan Kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang
siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa
pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan
sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk
diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah
pertunjuk hidayah. Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.
Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada
orang-orang (yang beriman).
(AL-Baqarah:143)
ok setakat itu sahaja. (^_^)
No comments:
Post a Comment