Pada minggu lepas saya berkesempatan menghadiri kuliah Dhuha oleh Tuan Guru Dato' Harun Din di Surau Annur Bandar Baru Bangi.
Tajuk Umum tapi lebih kepada berkenaan pilihanraya..almaklumlah.
Tuan Guru menjelaskan konsep Tahaluf(kerjasama) antara PAS ,PKR dan DAP serta menhubungkait dengan sirah Rasulullah. Bilamana Islam masih tidak lengkap di amalkan,maka mesti ada satu sisitem pilihanraya iaitu salah satu intipati demokrasi. Sebenarnya, sisitem pilihanraya ini bertujuan untuk memilih pemimpin negara, sama seperti di zaman kewafatan Rasulullah SAW , sahabat2 baginda terus mengadakan mesyuarat untuk memilih siapa yang akan menggantikan tampuk pimpinan. Disini kita dapat lihat bahawa peri pentingnya suatu pemilihan kuasa atau ketua negara. Dan akhirnya sahabat sepakat meilih Saidina Abu Bakar Assiddiq sebagai khalifah pertama.
Berkenaan tahaluf siyasi(kerjasama politik) telah dapat diambil contoh sewaktu Rasulullah menyampaikan dakwah secara terang-terangan di Kota Makkah di mana baginda mendapat naungan dari bapa saudaranya yang bukan Islam iaitu Abu Talib. di sini ialah tahaluf secara tidak langsung. kemudian Rasulullah berhijrah ke Habsyah dan mendapatkan perlindungan dari Raja Habsyah yang ketika itu adalah seorang penganut Nasrani.. Juga sewaktu penghijrahan Rasulullah ke Madinah bersama Abu Bakar Assiddiq di mana Rasulullah bertemu Abdullah bin Uraiqib untuk meminta tolong sebagai pemberi makan pada unta serta penunjuk jalan sewaktu Abdullah masih kufur.
Sesampainya di Bumi Madinah, Rasulullah telah mengadakan piagam Madinah bersama Bani Nadhir (Yahudi) untuk membina sebuah negara.
Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan
pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat dan
sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan
menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha
Kaya, lagi Maha Terpuji. Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih
sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu
itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha
pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Mumtahanah: 7-8)
Islam itu SYUMUL. Islam itu UNIVERSAL. Islam itu SEPANJANG ZAMAN.
Islam merangkumi mushaf wassaif ( kitab dan pedang) yang bermakna addin waddaulah (cara hidup dan kekuasaan/pemerintahan)
Wallahua'lam
mari mengundi |
No comments:
Post a Comment