بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam

Monday, April 18, 2011

PeLaNgi HiDuP

Apa yang anda tahu tentang pelangi? Bentuknya, warnanya? Bagaimana ia terjadi?

Kali ini aku nak kongsi sedikit ilmu yang aku pun baru tahu. Setelah menonton Saluran TVIQ di Astro, baru ku tahu sebenarnya pelangi berbentuk satu lingkaran bulat. bagi sesiapa yang dah tahu tu tak mengapa,teruskan pembacaan anda di sini untuk refresh ilmu . kalau tak sudi tak mengapa. (^_^)

Pelangi adalah salah satu gelombang elektromagnetik, dan setiap warnanya mempunyai panjang gelombang tersendiri. Pelangi hanya dapat dilihat saat hujan bersamaan dengan matahari bersinar, tapi dari sisi yang berlawanan dengan si pemerhati. Pembiasan sinar matahari oleh titisan air hujan yang berlaku maka terhasillah pelangi nan indah. Subhanallah!



Why is a rainbow in arc-shaped?ini berlaku kerana sudut(angle) antara matahari, titisan hujan dan pemerhati. Kita hanya dapat melihat separuh dari bulatan yang sebenar jika berada di bumi. Nak lihat lingkaran bulatan pelangi? boleh, kita akan melihatnya apabila berada di atas seperti memandang dari sebuah kapal terbang. Oleh kerana separuh daripada lingkaran bulatan itu adalah di bawah garis horizon menyebabkan pemandangan di bawah adalah separa melengkung.

Begitulah alkisahnya..

Mari kita hayati kisah pelangi ini, dan kaitkan dengan hidup kita.

"Sesungguhnya Allah telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian" (Surah T-Tin:5)

Nak lihat bentuk pelangi yang sempurna satu lingkaran bulatan harus berada di tempat yang tinggi bukan? Kalau inginkan kesempurnaan dan keselesaan, haruslah berusaha lebih untuk melangkah pergi sejauh mana yang kita mampu. Namun bila dah mencapai kejayaan tidak harus melupakan pada yang bawah. Pelangi masih berkongsi keindahannya pada yang ada di bumi..Jangan jadi manusia kikir. Jadi kita harus memaknakan kesempurnaan itu.

Kerana setiap kesempurnaan dan kejayaan yang kita ada bukanlah hak milik abadi, ia hanya pinjaman duniawi, sementara berada di muka bumi ini.
Biar tidak sempurna di mata manusia, asal sempurna iman dan taqwa pada Sang Pencipta, menuju negeri akhirat yang tiada penghujungnya.

Wallahua'lam...




3 comments:

.::Pemburu Cinta Ilahi::. said...

masyaAllah..sgt menarik perumpamaan kali ini.."oh pelangi..memang indah". semua org yang tgk pelangi pasti rasa seronok kn(mesti tersenyum)?..

nak jd pelangi, basikal, durian,semalu...apa lg? smua nya ada iktibar yang perlu dikutip..
subhanallah, seronoknya mengmbil ibrah dr ciptaan Allah

Nik Rashida Nik Abdul Ghani said...

Mahu belajar dari alam..moga diri kita takkan kelam..oleh dosa dan noda kini mahupun yg silam..

MutiaraLautBiru said...

TERBAIK!!!