بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Saturday, April 16, 2011

Durian Oh Durian


Tiba-tiba je teringat pada buah durian..Perancangan utk menziarahi kakakku di Bukit Gantang ,Perak terpaksa dibatalkan pada mnggu ini atas sebab2 tertentu. Jadi tak dapatlah aku merasa durian Perak. Maklumlah sekarang ni musim durian. Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Dan ada yang lebih baik yang aku dapat utk minggu ini.

Alhamdulillah, hari minggu ku terisi di taman-taman ukhuwwah bersama sahabat- sahabat yang mukminah lagi solehah.

Mari kita belajar dari alam. Seronok. Durian.

Diluar nampak keras ditambah dengan kulitnya yang berduri. Sebab itu dinamakan raja buah, sekali terkena duri itu boleh terluka. Kepada bukan penggemar dan tidak tahu menahu tentangnya, durian di pandang sebelah mata. Malah akan ada yang menekup hidung dan berkata , "bau durian tu busuklah!". Cukup untuk meluahkan pandangan negatif tanpa ada keinginan untuk menjamah isinya.

Namun lain pulak bagi penggemarnya, bau itu lah yang diidam-idamkan. Rupa-rupanya disebalik kulit yang berduri dan tidak menarik terselit berpangsa-pangsa isi kuning yang lembut dan manis sekali. Sebagai hadiah buat penggemar, memang berbaloi walau terpaksa bersusah payah untuk mengeluarkannya dari kulit yang berduri dan keras.

Begitulah hati manusia, diluar tidak nampak. Kena selami dan kenali baru lah tahu siapa dia sebenarnya. Luaran nampak keras namun terselit sekeping hati kecil yang lembut dan mudah didekati .Mungkin juga di luar nampak lemah lembut,sopan santun namun di hati ada dendam. Itu yang bahaya! Duhai hati, ingatlah Allah sentiasa ada, Dia akan menghisab segala-galanya samada yang terzahir atau tersembunyi..
Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui ,Tuhan Pemilik Hati..

Wallahua'lam..

"Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Surah Qaf: 16)

" Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring(sama) sahaja keadaanya kpd Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di dalam dada" (Surah Al-Mulk:13)

1 comment:

.::Pemburu Cinta Ilahi::. said...

dengan buah durian pun kt bleh muhasabah dr..memang ada mnfaat setiap y diciptakan Allah..
durian sedapnye...mm..
durian busukla...ee..

klu mcm tu lbih baik jd seperti durian..
walau diluar keras n menyakitkan,tp didlmnya lembut mudah tersentuh..

tp yang keras diluar tu biar bertempat terutama skali yang bergelar muslimah..
muslimah y hatinya sentisa mengingati Pencipta, sensitif dgn pemberian nikmat dr Allah, sensitif dgn apa yang dimurkai Allah, sensitif jg dgn apa y dicintaiNYA..serta mudah skali melakukan sstu y diredhoi Allah..

'Ya Allah, kurniakanlah km hati itu dn bntulah km memperbaiki akhlak km..'