بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 14, 2011

Belajar Seumur Hidup


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..hanya itu ucapan yang mampu aku ungkapkan. Setelah sekian lama ,ia berakhir jua. Sepanjang lebih kurang 17 tahun berada di bawah sistem pendidikan di Malaysia, hari ini aku telah selamat menamatkan last paper for my final year dengan jayanya(Berjaya insyAllah..). namun tak bermakna dengan akhirnya paper td maka tamat sudah proses pembelajaran dan berakhirlah segala2nya.

Allah berfirman yang bermaksud :

Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar : 9

Selain itu ada banyak hadis memperkatakan tentang ilmu. Dari Anas bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda, ‘Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.’- Ibnu Majah

Di sini aku nak berkongsi sedikit tips dan panduan untuk “BELAJAR SEUMUR HIDUP”

1)Bina kesedaran bahawa menuntut ilmu sangat penting- Bukalah minda dan jiwa kita utk pembelajaran dan pengalaman . Carilah kuasa dan keajaiban ilmu yang diperolehi sepanjang hayat utk menjadikan kita semakin ‘manusia’.

2)Jangan sempitkan cara belajar –terimalah hari-hari dalam hidup kita sebagai satu proses pembelajaran.

3)Gunakan masa anjal- byk masa kita terbuang begitu sahaja tanpa ada sebarang aktiviti yg berfaedah. Sedangkan terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan seperti membaca artikel,mendengar ceramah sementara memandu atau menunggu rakan.

4)Jadi seperti anak kecil yg sentiasa ingin tahu- bina perasaan inquisitive.Bagaimana ujan dan pelangi terbentuk? Bagaimana Muhammad Al-Fateh Berjaya menawan Constantinople? Kanapa minyak dan barang asyik naik harga?

5)Cari peluang utk pengalaman baru-mencuba dan menyertai sesuatu program,kerja mal dan meyertai program jati diri.

6)Manfaatkan internet- segala maklumat hanya di hujung jari anda. Gunakan utk menimba ilmu baru buan perkara haru biru.

7)Belajar dari kesilapan-renungi dan kenal pasti kesilapan dan cuba perbaiki dan elakkan berulang lagi.

8)Lihat dari perspektif yang berbeza- jika kita memandang ke luar rumah melalui tingkap ruang tamu pemandangannya akan berbeza berbanding jika memandang melalui tingkap dapur.begitu juga dengan ilmu. Semakin banyak tingkap yang dimiliki semakin banyak ilmu dan hikmah yang akan diperolehi.

[Sumber: Majalah Solusi isu no 27]

Ilmu Allah itu luas sekali..

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Luqman : 27

2 comments:

MutiaraLautBiru said...

sangat tertarik dgn terjemahan ayat alquran yang last skali..ana tmbah pd blog ana..tq atas pkongsian yang bmakna..sm2 kita blajar sehingga jasad berpisah dr roh..insyaAllah..smg ilmu y dperolehi mdekatkan lg kt dngn ALLAH..

rashida said...

insyAllah..ayat ni menguatkan lagi ayat di Surah al-kahfi mengenai ilmu dan kekuasaan Allah..