بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 27, 2011

It’s all about my FYP


FINAL YEAR PROJECT- Alhamdulillah wasyukurillah akhirnya selesai final presentation. Coming up next, poster exhibition and do some correction of my thesis. Perasaan bercampur baur ketika ini. Gembira. Lega. Benar, tidak salah untuk bergembira tapi harus ada batasnya. Kerana ianya hanya sementara. Nikmat dunia hanya sementara, segala kegembiraan ini akhirnya akan lenyap jua.

Dalam kesibukan ini tetiba terfikir sejenak, ingin memuhasabah diri sendiri. Aku berharap ilmu yang ada bukanlah hanya di akal semata-mata. Namun ilmu itu terletak di hati untuk ditafsirkan.

Imam Malik bin Anas r.a.berkata:"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan sesuatu, melainkan hanyalah nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Muhasabah diri

Aku bertungkus lumus menyiapkan thesis agar tiada kesilapan

Adakah aku bimbang adanya kesilapan dalam kitab amalan yg dicatit oleh Raqib dan ‘Atid?

Aku membuat persiapan sebelum presentation

Adakah aku bersiap utk mati?

Aku membuat persediaan utk menjawab soalan2 yang bakal ditanya oleh examiner

Adakah aku bersedia utk soalan Malaikat Munkar n Nakir di alam kubur?

Aku berpakaian kemas mejaga imej sebelum berhadapan dgn manusia( examiner)

Apakah aku ada mengambil berat tentang itu sebelum menghadap Allah (solat)?

Aku tahu tarikh dan masa utk presentation

Adakah aku tahu bila detik n masa nyawaku kan berhenti?

Aku seram,nervous dan macam2 perasaan sebelum tibanya waktu presentation

Apakah perasaan yang sama wujud utk aku mnghadapi waktu ajal menjemput?

Aku ingin menyiapkan sebuah poster yang menarik untuk dipamerkan ketika exhibition

Adakah aku menyiapkan diri dengan akhlak baik dan amalan soleh yang bakal ditayangkan di Padang Mahsyar kelak?

ASTAGHFIRULLAH...

Banyaknya cacat cela dalam hidupku.

Jadikan ujian di dunia sebagai wasilah untuk kita lebih bersedia manghadapi waktu itu. Waktu yang sememangnya akan berlaku dalam hidup kita,bukan pengakhiran hidup.Namun permulaan sebuah kehidupan yang abadi.

Wallahu a’lam..

p/s: Tahniah buat yang dah selesai present tadi. All da best buat sahabat-sahabat yang akan present esok..Bittaufiq wannajah insyaAllah..Smile.

2 comments:

MutiaraLautBiru said...

allahu akbar..bnyak nya cacat cela pd driku..Ya Allah ampunilah kami

Safi ArRahman said...

Alhamdulillah perkongsian yg sgt indah, mengingatkan diri akan kmatian. jazakillah khairan jaza'.